Welcome To All Members PKPG B&K 2005/2008

Welcome to this blog to all members exspecially all communities in Pkpg Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia 2005/2008. Please sign in the guestbook as a member. We appreciate all of you to write anything you like and publish to this site. If you have collections of photo about our activities last time, we appreciate that you can publish as a memories photo collection. Hope you enjoy this site, and make this site as your own site. Get the username and password with Tang Meng or in your email. Good Luck for your coming exam.

Please Sign This Guestbook

Saturday, November 10, 2007

4 Tip Berguna Untuk Guru

Oleh Kak Maz
Mengingati Amanah
Ingatlah bahawa setiap pekerjaan yang anda lakukan merupakan satu amanah dan setiap amanah akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Untuk menjadikan anda lebih bertanggungjawab terhadap kerjaya seorang guru. Amalkan tip ini. Setiap pagi apabila anda melangkah keluar dari pintu rumah untuk ke sekolah, mulakan dengan kaki kanan dan apabila kaki kanan jejak saja ke lantai bisikkan ke dalan hati “ Setiap langkahku menuju ke sekolah membawa amanah daripada Allah, Amanah yang ku pegang ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat.” Bisikan hati ini sangat penting kerana ianya akan menjadi satu benteng kuat yang meniupkan semangat kita untuk berkerja kerana Allah dan insyakallah anda pasti tidak akan lalai menunaikan tanggungjawab. Bisikan hati ini perlu diamalkan setiap hari dan kesannya anda pasti akan rasa dalam masa seminggu jika anda amalkan.
Langkah Pahala
Anda perlu tahu, bahawa dari mula langkah anda keluar dari rumah ke sekolah adalah langkah-langkah yang dipenuhi dengan pahala, rahmat dan restu daripada Allah. Cuba anda bayangkan bahawa setiap langkah anda menuju ke kelas, berulang alik dari satu kelas ke satu kelas anda telah mengumpul banyak keberkatan daripada Allah. Belum lagi anda mengajar, anda hanya baru melangkah tetapi anda sudah dilempahi rahmatnya. Umpama anda berjalan sambil mengutip wang siling yang bertaburan di merata-rata di sepanjang perjalanan. Jika anda tahu, pasti seminitpun anda tidak akan lalai dari melambat-lambatkan langkah anda untuk masuk ke kelas.
Kuasa Memberi
Sebenarnya amat susah untuk kita memberi, kerana setiap pemberian yang kita hulurkan pasti mengharapkan sesuatu sama ada ganjaran kewangan, penghargaan, pangkat dan darjat. Jika semua yang diharapkan tidak berbaloi sukar untuk kita menghulurkan sesuatu tambahan pula benda yang akan kita berikan merupakan benda yang amat kita sayang dan hargai. Namun sebenarnya kuasa memberi itu amat luar biasa, Malah para sarjana, tokoh-tokoh islam terkemuka dan sahabat-sahabat nabi sudah mengamalkan dari dulu lagi.
Memberi di sini bukan bermaksud harta benda sahaja, memberi di sini mencakupi istilah yang luas. Sebagai seorang guru, memberi nasihat, memberi tunjuk ajar, memberi pengetahuan, memberi peluang kepada pelajar, memberi kata-kata positif dan memberi ruang untuk berhubung dan berkomunikasi dengan pelajar secara ikhlas adalah istilah memberi sebenarnya bagi seorang guru. Memberi di sini bukan kerana ianya satu tanggungjawab kerana ”Aku di bayar Gaji” tetapi memberi untuk melihat anak bangsa berjaya, anak bangsa berdaulat, anak bangsa menjaga maruah agama dan negara dan anak bangsa yang akan mewarisi dunia. Itulah istilah memberi yang sesungguhnya anda akan dilimpahi rahmat Allah jika anda amalkan dalam kehidupan anda seharian. (Baca article tajuk ”Kuasa Memberi” dalam laman saya di http://erapendidikan.blogpot.com/ untuk memahami dengan lebih mendalam apakah kuasa memberi)
Melihat Potensi
Satu lagi tip yang amat berguna yang mana ianya boleh diamalkan oleh setiap guru jika ingin melihat perubahan yang baik terhadap anak didik mereka ialah melihat potensi. Melihat potensi di sini bermakna bukan melihat potensi anda sebagai seorang guru tetapi melihat potensi anak didik anda.
Kebanyakan guru, masuk ke kelas untuk mengajar sudah meletakkan tanggapan atau melabelkan pelajar mereka dengan istilah pandai, tak pandai, malas, rajin, bodoh dan sebagainya. dan ianya pula diikuti dengan mencari kesalahan pelajar mereka dengan pelbagai rungutan, kritikan, dendaan dan leteran. Cuba anda ubah corak komunikasi yang anda amalkan dahulu kepada melihat bahawa setiap pelajar semuanya berpotensi untuk berjaya. Ubah persepsi anda bahawa kejayaan bukan semata-mata kejayaan dalam bidang akademik kerana istilah kejayaan itu juga adalah luas dan ingat bahawa setiap anak adam yang dilahirkan ke muka bumi ini adalah yang terbaik dan tugas anda adalah membawa mereka ke jalan yang benar.
Pastinya di sekolah anda melihat pelbagai karenah yang negatif yang menyakitkan hati anda, bersabar dan jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan yang negatif, lihat potensi pelajar tersebut dari pelbagai sudut. Contohnya jika pelajar sering tidak membuat kerja rumah, gunakan teguran yang bersifat positif seperti ” Ali anda sebenarnya pandai dan cikgu pasti jika anda usaha lebih sedikit anda pasti akan berjaya. Cikgu sedia membantu bila-bila masa Ali perlukan, Cikgu ingin mambantu Ali tapi jika cikgu seorang susah sikit, boleh tak kita sama sama cari jalan bagaimana hendak meningkatkan prestasi Ali dalam pelajaran. Ali ada apa-apa cadangan?”
Jangan cuba membuat teguran bersifat negatif pasti akan mendatangkan kebencian pelajar tersebut kepada anda dan akibatkan perhubungan anda dan mereka akan bersifat perhubungan yang negatif dan menghalang semua maklumat dan pengetahuan yang anda sampaikan menyerap dalam diri pelajar. Ada peluang puji pelajar anda walaupun anda tahu dia seorang pelajar yang nakal, cuba cari potensi yang ada pada diri pelajar tersebut dan mulakan dengan pujian, Anda akan lihat hasilnya dalam masa kurang dalam satu bulan, pelajar yang jarang buat kerja rumah, ada masalah disiplin, masalah sosial dan masalah ponteng pasti akan menjadikan anda sebagai kawan rapat. Dari situ setiap apa yang anda katakan tentu akan diikutinya.
"Ingat anda adalah amanah dan amanah itu adalah wajib"

No comments: