Welcome To All Members PKPG B&K 2005/2008

Welcome to this blog to all members exspecially all communities in Pkpg Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia 2005/2008. Please sign in the guestbook as a member. We appreciate all of you to write anything you like and publish to this site. If you have collections of photo about our activities last time, we appreciate that you can publish as a memories photo collection. Hope you enjoy this site, and make this site as your own site. Get the username and password with Tang Meng or in your email. Good Luck for your coming exam.

Please Sign This Guestbook

Tuesday, August 11, 2009

Biduk Lalu Kiambang Bertaut





Salam Satu Malaysia,

Sekian lama menyepi di blog ini, memujuk hati untuk menggerakkan jari menyentuh butir-butir perkataaan bagi memberi info terbaru buat rakan-rakan pkpg yang menjengah di blog ini.

Pertemuan 3 hari 2 malam di Melaka bersejarah sempena Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru Bimbingan dan Kaunseling negeri Johor ,sangat bermakna untuk rakan pkpg di selatan tanah air, berkongsi rasa dan pengalaman setelah kembali semula ke alam pekerjaan yang sangat memerlukan pengorbanan jiwa, kesabaran hati nurani dan keberanian yang jitu.

Sepanjang berkampung di negeri Hang Tuah ini, peserta dibekalkan dengan panduan Pengurusan Unit Bimbingan dan Kaunseling, Info Kerjaya, Pendekatan teori-teori dalam menangani pelbagai kes dan pastinya perkongsian isu atau pemasalahan yang dihadapi oleh guru bimbingan dan kaunseling di sekolah.

Kepada semua rakan pkpg jangan menyesal kerana memilih menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling. Guru biasa hanya boleh menjadikan seseorang pelajar itu pandai tetapi guru bimbingan dan kaunseling boleh menjadikan seseorang itu pandai, bersahsiah, bijak mengurus diri, taat perintah Allah, anak yang soleh, bijak memilih yang baik dengan yang buruk dan manjadi manusia yang sebenar-benarnya manusia...