Welcome To All Members PKPG B&K 2005/2008

Welcome to this blog to all members exspecially all communities in Pkpg Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia 2005/2008. Please sign in the guestbook as a member. We appreciate all of you to write anything you like and publish to this site. If you have collections of photo about our activities last time, we appreciate that you can publish as a memories photo collection. Hope you enjoy this site, and make this site as your own site. Get the username and password with Tang Meng or in your email. Good Luck for your coming exam.

Please Sign This Guestbook

Tuesday, May 13, 2008

Bagaimana mencintai seseorang.....

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan
perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu
perhubungan berdasarkan perasaan, ianya
akan gagal kerana perasaan sentiasa
berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia
terdapat hampir 6 billion manusia dengan
6 billion personaliti. Dia sememangnya
seorang yang istimewa dan biarkan ianya
kekal begitu. Jangan sesekali terfikir
untuk mengubah apa-apa tentang dia
kerana sekali anda mengubah, selamanya
anda akan terus mengubah dirinya. Tentu
anda masih ingat, anda terpikat padanya
kerana dia adalah dia. Maka, tiada
alasan untuk anda mengubah dia untuk
menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak berkorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada
padanya, dia berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang lebih
sempurna tapi demi cinta, dia telah
memilih diri anda. Maka, jangan sesekali
cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran
cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia.
Jangan anda merayu dan jangan mencipta
alasan supaya dia menerima keputusan
anda tanpa berbincang terlebih dahulu
dengannya.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan
dia. Dia adalah satu-satunya di dunia
ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan
dari dia kerana dia telahpun cukup
sempurna semenjak anda mula terpikat
padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa
bersangka baik padanya jika kita juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda
akan sentiasa meletakkan diri anda di
tempatnya sebelum melakukan apa-apa.
Jika anda sendiri tidak dapat
menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk
selama-lamanya kerana selama-lamanya
bagi anda mungkin akan berakhir
keesokkan harinya, tapi berjanjilah
untuk menyayangi dirinya seolah-olah
setiap hari itu adalah hari yang
terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti
memberi hati anda kepadanya untuk
dilukai tapi kepercayaan itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan
melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia
tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya
akan setakat menangis kecewa dan
kemudiannya meneruskan hidup seperti
biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan
mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri
anda, memenangi hatinya bukanlah satu
kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu
hanya layak anda perolehi setelah anda
berjaya menyayanginya sehingga ke akhir
hayat. Ketahuilah, dia memilih anda
adalah kerana dia percaya bahawa anda
adalah seorang yang jujur dan akan
menepati janji. Anda telah bersusah
payah dan berusaha sedaya upaya untuk
memenangi cintanya, maka dengan itu
haruslah juga anda berusaha untuk terus
menyintai dirinya dengan apa jua keadaan
sekalipun.

3 comments:

waliz said...

siapa yang tengah syahdu ni angkat tangan!!

al-Misri said...

Sayaaaaa..... kenapa? Nak bagi hadiah ke?

zawawi said...

SAYA MULAI DENGAN NAMA ALLAH SWT YANG MAHA KASIHI LAGI MAHA SAYANGGGI .


1 .HATI YANG MENGLUARKAN PERASAAN YANG BERSIH ,MURNI,SUCI BILA MANA HATI ITU DIKILAT KAN DENGAN RAJIN BERZIKIRULLAH PADA SANG PENGCIPTA NYA .ALLAH SWT .MAKA KELUAR LAH SUARA HATI PERASAAN ITU DENGAN PERTUNJUK DARI ALLAH SWT .MAKA DISINI LAH ALLAH SWT DAN RASULLILAHH SAW AJARKAN SELALU KITA JAGA HATI ,KERANA DISITU AKAN TERKELUAR NYA ILHAM YANG BENAR .YANG KITA DAPAT RASAI AKAN KEBAHAGIAN NYA ,KETENANGAN NYA ,YANG AKAN MEMBUAT KITA SELALU SAYANGGG MERASA RENDAH DIRI PADA SANGPENCIPTA KITA ,SEMUA MAHLUK ALLAH SWT DI BUMI TERCINTA INI ,TERMASUK MANUSIA YANG KITA SELALU KITA MERASAKAN BAHAGIA BERSAMA MEREKA SEMUA NYA .SEBAB ITU NABI KESAYANGAN KITA BERPESAN "DI DALAM DIRI KAMU ADA SEKETUL DAGING ,KIRA NYA BAIK DAGING ITU ,BAIK DAN BENAR LAH ,SELURUH ANGGGOTA BADAN NYA ,DAGING ITU ADA KALBU YAKNI HATI YANG MENGGELUAR KAN PERASAAN KAMU ." .


BILA MANA ILMU YANG BERSENDI KAN ,DENGAN TIADA NAMA ALLAH SWT ,MAKA ILMU ITU AKAN BERCANGGAH DENGAN HATI DAN AKAL CIPTAAN ILAHI ,MAKA TERKELUAR LAH UNGKAPAN DAN KATA KATA ,TULISAN YANG BANYAK TAPI SANGAT MENGGELIRU KAN KEYAKINAN HATI PERASAAN KITA DAN AKAL SUSAH UNTUK MENGTERJEMAH KAN DI DALAM DIRI KITA INI DAN KEHIDUPAN DUNIA INI ,MAKA LAHIR LAH MANUSIA MANUSIA YANG FASIS BERKATA KATA ,YANG NAMPAK BAGUS TULISAN NYA ,TAPI PADA AKHIR NYA MEMBACA PERPECAHAN YANG BANYAK DI DUNIA INI ,DAN MAKIN HARI DEMI HARI MENBUAT KAN KITA SEMUA JAUH PADA KEBENARAN DAN JAUH KITA PADA SANG PENGCIPTA LANGIT DAN BUMI INI .MASYA-ALLAH .NA'U'ZUBIL LAH HI MIN ZALIT .


SALAM SAYANGGG DARI ABG WEE .LOVE U 2 .T.Q. 4 EVERTHING .