Welcome To All Members PKPG B&K 2005/2008

Welcome to this blog to all members exspecially all communities in Pkpg Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia 2005/2008. Please sign in the guestbook as a member. We appreciate all of you to write anything you like and publish to this site. If you have collections of photo about our activities last time, we appreciate that you can publish as a memories photo collection. Hope you enjoy this site, and make this site as your own site. Get the username and password with Tang Meng or in your email. Good Luck for your coming exam.

Please Sign This Guestbook

Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Thursday, October 23, 2008

Konvokesyen UPM Ke-32



Petikan daripada Harian Metro 22 Oktober 2008



Pujuk Kandungan Usah Lahir Dulu

SERDANG: “Saya `pujuk’ kandungan yang sudah sarat sejak beberapa hari lalu supaya 'sabar' memandangkan saya ingin naik ke pentas untuk mengambil skrol ijazah,” kata penerima Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dan Bimbingan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Seynorita Samsudin, 32.

Dia yang ditemani suaminya, Amran Abu Bakar, 42, antara 797 graduan UPM yang menerima skrol diploma dan ijazah masing-masing pada sesi ketujuh majlis konvokesyen ke-32 universiti itu di Dewan Besar, di sini, semalam.

Amran berkata, isterinya bertegas mahu mengambil skrol ijazah pada majlis berkenaan kerana ia adalah pengalaman pertamanya walaupun dinasihatkan jururawat supaya memasuki wad bagi menunggu masa bersalin.

Katanya, sebaik hajat isterinya untuk menerima ijazah di atas pentas tercapai, Seynorita terus berasa pening dan sakit hingga terpaksa menerima perhatian petugas perubatan di UPM.

“Setiap hari isteri saya memujuk kandungannya supaya bertahan seperti 'sabar dulu, bagi ibu pergi konvo' kerana ini adalah antara perkara penting baginya. Kami gembira semuanya berjalan lancar,” katanya.

Sejurus menerima ijazah, guru kaunselor di Sekolah Menengah Seri Tanjung, Melaka yang dijangka melahirkan anak ketiga mereka hari ini, mengambil keputusan pulang ke Masjid Tanah, kerana mahu melahirkan anaknya di negeri itu.

Penerima Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik, Sabrina Arshad, 41, berkata walaupun perlu menguruskan tiga anak yang masih bersekolah, ia bukan penghalang baginya untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Kata guru Matematik merangkap Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai, di sini, usia atau tanggungan bukan penghalang baginya untuk mencapai cita-cita dalam meningkatkan tahap pendidikannya.

“Saya terpaksa belajar membahagi masa dengan sebaik-baiknya dan selalunya saya terpaksa mengulang kaji (pelajaran) antara jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.

“Saya kahwin ketika usia 21 tahun dan kerana pelbagai tanggungjawab lain termasuk kelahiran anak, saya sering menangguh hasrat menyambung pengajian tetapi ketika peluang datang tiga tahun lalu, saya tidak menoleh ke belakang lagi,” katanya.

Tuesday, October 7, 2008

Soal Selidik Konvokesyen

Setiap graduan yang akan berkonvokesyen pada Konvokesyen ke 32 UPM di wajibkan menjawab soal selidik yang di sediakan oleh Alumni bagi tujuan pengesanan graduan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi. berikut url untuk menjawab soal selidik tersebut.

Soal selidik pengesanan graduan 08 UPM
http://www.alumni.upm.edu.my/tracer2008/index.php

Soal Selidik pengesanan graduan - KPT
http://graduat.mohe.gov.my/kpgv4/pengesananlogin.jsp


Acong

Wednesday, September 24, 2008

Salam Aidilfitri

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri di ucapkan kepada semua ahli PKPG BnK UPM 2005-2008 khususnya dan kepada semua yang melawat laman blog ini terutama yang beragama Islam. Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.


MyCartopia.com Click here to get one

by Acong

Saturday, September 6, 2008

Berita Terkini

Salam kepada kawan-kawan semua. Salam Ramadhan al-mubarak kepada semua kawan-kawan muslim dan pelawat blog ini. Berita ini ditujukan kepada semua ahli PKPG BnK UPM 2005-2008. Tarikh dan sesi konvokesyen kita semua telah di keluarkan oleh Bahagian Akademik UPM. Majlis Konvokesyen kali ke 32 akan bermula pada 18hb Oktober hingga 22 Oktober 2008. Berikut adalah detail tentang majlis konvokesyen utk PKPG BnK : -

Tarikh :
21hb Oktober 2008
Hari :
Selasa
Sesi :
7 (pagi)
Tempat :
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS)
Universiti Putra Malaysia.

Bersama-sama ini disertakan program-program yang akan konvo bersama dengan kita

Nama Program

Master Pembangunan Sumber Manusia
Master Statistik Gunaan
Master Pengurusan Air
Bac. Kejuruteraan (Biologi dan Pertanian)
Bac. Kejuruteraan (Sistem Komputer & Komunikasi)
Bac. Pentadbiran Perniagaan - Pengurusan Hospitaliti & Rekreasi
Bac. Pentadbiran Perniagaan – Kewangan
Bac. Ekonomi - Ekonomi Pembangunan
Bac. Pendidikan (Bimbingan dan Kaunseling) - PKPG
Bac. Sastera (Bahasa Inggeris)
Bac. Sastera (Bahasa Inggeris) - UPEFBMK
Bac. Sains (Kepujian) - Kimia Perindustrian
Bac. Sains (Kepujian) – Fizik
Bac. Sains Dengan Pendidikan (Kepujian) - PKPG
Bac. Sains Komputer - Multimedia
Diploma Perikanan - UPMKB

Untuk maklumat lanjut boleh melawat laman berikut

laman web Bahagian Akademik - http://www.akademik.upm.edu.my/konvo_bm.html
untuk semakan graduan - http://www.esmp.upm.edu.my/graduan/
Graduan dikehendaki menjawab soal selidik ini dan mencetak Slip Pengesahan Kajian untuk dikemukakan semasa proses pengambilan jubah konvokesyen di institusi anda - http://graduat.mohe.gov.my/kpgv4/index.jsp

Kepada kawan-kawan yang berada di Sabah dan Sarawak boleh la beli tiket Kapal Terbang awal-awal supaya dapat kita berjumpa di Majlis Konvokesyen tersebut.

Post by Acong

Tuesday, May 13, 2008

Bagaimana mencintai seseorang.....

1. Sayangi dia dengan hati, bukan dengan
perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu
perhubungan berdasarkan perasaan, ianya
akan gagal kerana perasaan sentiasa
berubah dari masa ke semasa.

2. Sayangi dia seadanya. Di dunia
terdapat hampir 6 billion manusia dengan
6 billion personaliti. Dia sememangnya
seorang yang istimewa dan biarkan ianya
kekal begitu. Jangan sesekali terfikir
untuk mengubah apa-apa tentang dia
kerana sekali anda mengubah, selamanya
anda akan terus mengubah dirinya. Tentu
anda masih ingat, anda terpikat padanya
kerana dia adalah dia. Maka, tiada
alasan untuk anda mengubah dia untuk
menjadi seseorang yang lain.

3. Sayangi dia sepenuh hati.
Sesungguhnya dia telah banyak berkorban
untuk anda. Dengan kelebihan yang ada
padanya, dia berpeluang untuk menjalin
hubungan dengan seseorang yang lebih
sempurna tapi demi cinta, dia telah
memilih diri anda. Maka, jangan sesekali
cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran
cintanya.

4. Hormati pendirian dan keputusan dia.
Jangan anda merayu dan jangan mencipta
alasan supaya dia menerima keputusan
anda tanpa berbincang terlebih dahulu
dengannya.

5. Yakinkan diri anda akan keistimewaan
dia. Dia adalah satu-satunya di dunia
ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan
dari dia kerana dia telahpun cukup
sempurna semenjak anda mula terpikat
padanya.

6. Percaya akan dirinya. Sentiasa
bersangka baik padanya jika kita juga
mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda
akan sentiasa meletakkan diri anda di
tempatnya sebelum melakukan apa-apa.
Jika anda sendiri tidak dapat
menerimanya, apatah lagi dia.

7. Jangan berjanji menyayangi dia untuk
selama-lamanya kerana selama-lamanya
bagi anda mungkin akan berakhir
keesokkan harinya, tapi berjanjilah
untuk menyayangi dirinya seolah-olah
setiap hari itu adalah hari yang
terakhir untuk anda berdua.

8. BERCINTA dengannya adalah seperti
memberi hati anda kepadanya untuk
dilukai tapi kepercayaan itu penting.
Percayalah kepadanya, nescaya dia akan
melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9. Jangan sesekali meninggalkan dia
tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya
akan setakat menangis kecewa dan
kemudiannya meneruskan hidup seperti
biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan
mati secara perlahan.

10. Jangan cepat berbangga dengan diri
anda, memenangi hatinya bukanlah satu
kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu
hanya layak anda perolehi setelah anda
berjaya menyayanginya sehingga ke akhir
hayat. Ketahuilah, dia memilih anda
adalah kerana dia percaya bahawa anda
adalah seorang yang jujur dan akan
menepati janji. Anda telah bersusah
payah dan berusaha sedaya upaya untuk
memenangi cintanya, maka dengan itu
haruslah juga anda berusaha untuk terus
menyintai dirinya dengan apa jua keadaan
sekalipun.

Sunday, May 11, 2008

Bulan Kelahiran...

Kajian 25 tahun Dato Fadzilah Kamsah

JANUARI

Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik, sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik, rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan, suka smart, kemas dan teratur, bersifat sensitif , berfikiran mendalam, pandai mengambil hati org lain, pendiam kecuali telah dirangsang, agak pemalu, daya tumpuan yang sangat tinggi, mudah mendisiplinkan diri sendiri, badannya sihat tetapi mudah diserang selesema, bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya, cukup sayang pada kanak-kanak, suka duduk di rumah, setia pada segala-galanya, perlu belajar kemahiran sosial, cemburu yang sangat tinggi.

FEBRUARI

Berfikiran abstrak, sukakan benda yang realiti dan abstrak, intelligent, bijak dan genius, personaliti yang mudah berubah, mudah menawan orang lain, agak pendiam, pemalu dan rendah diri, jujur dan setia pada segalanya, keras hati untuk mencapai matlamat, tidak suka dikongkong, mudah memberontak apabila dikongkong, suka kegiatan yang lasak, emosinya mudah terluka dan sangat sensitif, mudah mempamerkan marahnya, tidak suka benda yang remeh-temeh, suka berkawan tetapi kurang mempamerkannya, sangat berani dan suka memberontak, bercita-cita tinggi dan suka berangan-angan, ada harapan untuk merealisasikan impiannya, pemerhatian yang tajam, suka hiburan dan sukan, suka benda yang bersifat seni, sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran, berkecenderungan pada benda yang tahyul, amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros, perlu belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

Personaliti yang menarik dan menawan, mudah didampingi, sangat pemalu dan pemendam rasa, sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan mudah simpati, sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran, suka pada kedamaian, sangat peka kepada orang lain, sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain, tidak cepat marah dan sangat amanah, tahu balas budi dan tahu kenang budi, pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam, kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal, suka berangan-angan, suka melancong, sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi, kelam kabut dalam memilih pasangan, suka dengan hiasan rumahtangga, punya bakat seni dalam bidang muzik, kecenderungan kepada benda yang istimewa dan baik, jangan terlalu moody.

APRIL

Sangat aktif dan dinamik, cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal, sangat menarik dan pandai manjakan diri, punya daya mental yang sangat kuat, suka diberi perhatian, sangat diplomatik (pandai memujuk) dan berkawan, pandai menyelesaikan masalah orang lain, sangat berani dan tiada perasaan takut, suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah, emosi cepat terusik, cuba kawal emosi, kecenderungan bersifat dendam, agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan, kuat daya ingatan, gerak hati yang sangat kuat, pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain, berpenyakit di sekitar kepala dan dada, sangat cemburu dan terlalu cemburu.

MEI

Keras hati dan degil, kuat semangat dan bermotivasi tinggi, pemikiran yang tajam, mudah marah apabila tidak dikawal, pandai menarik hati orang lain dan menarik perhatian, perasaan yang amat mendalam, cantik dari segi mental dan fizikal, tidak perlu dimotivasikan, tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain, mudah dipujuk, bersikap sistematik (otak kiri), suka berangan, kuat daya firasat, memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu, bahagian telinga dan leher mudah diserang penyakit, daya khayalan yang tinggi, permikiran yang tajam, pandai berdebat, fizikal yang baik, kelemahan sistem pernafasan, suka sastera, seni dan muzik serta melancong, tidak berapa suka duduk di rumah, tidak boleh duduk diam, tidak punya ramai anak, rajin dan bersemangat tinggi, agak boros.

JUN

Berfikiran jauh dan berwawasan, mudah ditawan kerana sikap baik, berperangai lemah lembut, mudah berubah sikap, perangai, idea dan moodidea yang terlalu banyak di kepala, bersifat sensitif, otaknya aktif (sentiasa berfikir), sukar melakukan sesuatu dengan segera, bersikap suka menangguh-nangguh, bersikap terlalu memilih dan mahukan yang terbaik, cepat marah dan cepat sejuk, suka bercakap dan berdebat, suka buat lawak dan bergurau, otaknya cerdas berangan-angan, mudah berkawan dan pandai berkawan, orang yang sangat tertib, pandai mempamerkan sikap, mudah kecil hati, mudah kena selesema, suka berkemas, cepat rasa bosan, sikap terlalu memilih dan cerewet, kurang mempamerkan perasaan, lambat sembuh apabila terluka hati, suka kepada barang yang berjenama, mudah menjadi eksekutif, kedegilan yang tidak terkawal, sesiapa yang memuji adalah musuh, sesiapa yang menegur adalah kawan

JULAI

Sangat seronok didampingi, banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki, agak pendiam kecuali dirangsang, ada harga dan maruah diri, tidak suka menyusahkan orang lain tetapi tidak marah apabila disusahkan, mudah dipujuk dan bercakap lurus, sangat menjaga hati orang lain, sangat peramah, emosi sangat mendalam tetapi mudah terluka hatinya, berjiwa sentimental, jarang berdendam, mudah memaafkan tetapi sukar melupakan, tidak suka benda remeh-temeh, membimbing cara fizikal dan mental, sangat peka, caring, pengasih serta penyayang, layanan yang serupa dengan semua orang, tinggi daya simpati, pemerhatian yang tajam, suka menilai orang lain melalui pemerhatian, mudah dan rajin belajar, suka muhasabah diri, suka megenangkan peristiwa atau kawan lama, suka mendiamkan diri, suka duduk di rumah, suka tunggu kawan tetapi tidak cari kawan, tidak agresif kecuali terpaksa, lemah dari segi kesihatan perut, mudah gemuk kalau tidak kawal diet, minta disayangi, mudah terluka hati tetapi lambat pulih, terlalu mengambil berat, rajin dalam membuat kerja.

OGOS

Suka berlawak, mudah tertawan kepadanya, sopan santun dan caring terhadap orang lain, berani dan tidak tahu takut, orangnya agak tegas dan berkepimpinan, pandai memujuk orang lain, terlalu pemurah dan bersikap ego, nilai harga diri yang sangat tinggi, dahagakan pujian, semangat juang yang luar biasa, cepat marah dan mudah mengamuk, mudah marah apabila cakapnya dilawan, sangat cemburu, daya pemerhatian yang tajam dan teliti, cepat berfikir, fikiran yang berdikari, suka memimpin dan dipimpin, sifat suka berangan, berbakat dalam seni lukis, hiburan dan silat, sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk, cepat ditimpa penyakit, belajar untuk relax, sikap kelam kabut, romantik, pengasih, penyayang, suka mencari kawan.

SEPTEMBER

Sangat bersopan santun dan bertolak ansur, sangat cermat, teliti dan teratur, suka menegur kesilapan orang lain dan mengkritik, pendiam tetapi pandai bercakap, sikap sangat cool, sangat baik dan mudah simpati, sangat prihatin dan terperinci, amanah, setia dan jujur, kerja yang dilakukan sangat sempurna, sangat sensitif yang tidak diketahui, orang yang banyak berfikir, daya penaakulan yang baik, otak bijak dan mudah belajar, suka mencari maklumat, kawal diri dari terlalu mengkritik, pandai mendorong diri sendiri, mudah memahami orang lain (daya firasat yang tinggi), banyak simpan rahsia, suka sukan, hiburan dan melancong, kurang menunjukkan perasaannya, luka hatinya sangat lama disimpan, terlalu memilih pasangan, sukakan benda yang luas, sistematik

OKTOBER

Suka sembang, suka orang yang sayang padanya, suka ambil jalan tengah, sangat menawan dan sopan santun, kecantikan luar dan dalam, tidak pandai berbohong dan berpura-pura, mudah rasa simpati, baik, pentingkan kawan, sentiasa berkawan, hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tidak lama, cepat marah, pentingkan diri sendiri, tidak menolong orang kecuali diminta, suka melihat dari perspektifnya sendiri, tidak suka terima pandangan orang lain, emosi yang mudah terusik, suka berangan dan pandai bercakap, emosi yang kelam kabut, daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan), suka melancong, bidang sastera dan seni, pengasih ,penyayang dan lemah lembut, romantik dalam percintaan, mudah terusik hati dan cemburu, ambil berat tentang orang lain, suka kegiatan luar, orang yang adil, boros dan mudah dipengaruhi persekitaran, mudah patah semangat.

NOVEMBER

Banyak idea, sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya, berfikiran ke hadapan, berfikiran unik dan bijak, penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa, pemikiran yang tajam, daya firasat yang sangat halus dan tinggi, bagus untuk jadi doktor, cermat dan teliti, personaliti dinamik, sifat berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia, banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra, berani, pemurah, setia dan banyak kesabaran, terlalu degil dan keras hati, apabila hendakkan sesuatu, diusahakan sehingga berjaya, tidak suka marah kecuali digugat, mudah ambil berat terhadap orang lain, pandai muhasabah diri, cara berfikir lain dari orang lain, otak yang sangat tajam, pandai mendorong diri sendiri, tidak hargai pujian, kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi, apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya, badan yang tough, kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam, romantik, tidak pasti dengan hubungan kasih sayang, suka duduk di rumah, sangat rajin dan berkemampuan tinggi, amanah, jujur, setia dan pandai berahsia, tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi, bercita-cita tinggi, perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

Sangat setia dan pemurah, bersifat patriotik, sangat aktif dalam permainan dan pergaulan, sikap kurang sabar dan tergesa-gesa, bercita-cita tinggi, suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi, seronok didampingi, suka bercampur dengan orang, suka dipuji, diberi perhatian dan suka dibelai, sangat jujur, amanah dan bertolak ansur, tidak pandai berpura-pura, cepat marah, perangai yang berubah-ubah, tidak ego walaupun harga diri sangat tinggi benci pada kongkongan suka berlawak, pandai buat lawak dan berfikiran dengan logik

Sunday, February 17, 2008

Maklumat Terkini... PANAS...PANAS..PANAS...!

oleh; al-Misri
Salam Sejahtera buat rakan-rakan yang dikasihi,
Ini merupakan kisah benar yang perlu diambil tindakan segera !



KEPADA SEMUA PELAJAR PKPG 2005-2008 YANG INGIN BERGERADUAT PADA TAHUN 2008 DIMINTA BERJUMPA @ HUBUNGI TERUS PN. HJH NORLIA (klu tak silap) DI BAHAGIAN AKADEMIK, TINGKAT 1, BANGUNAN AKADEMIK UPM @ NO. TEL BAHAGIAN AKADEMIK UPM (rujuk buku panduan UPM) DAN BOLEH JUGA BERURUSAN PADA HARI SABTU DAN AHAD UNTUK:

  1. Menyemak status pengecualian kuliah dan jumlah sebenar jam kreadit yang terkumpul keseluruhan sebelum akhir bulan Mac 2008.
  2. Mengisi borang lengkap Konvokesyen mengikut salinan I/C sblm tarikh akhir peperiksaan semester Universiti.
KEGAGALAN RAKAN-RAKAN UNTUK BERTINDAK SEGERA KE ATAS MAKLUMAT INI AKAN MENYEBABKAN RAKAN-RAKAN TIDAK BOLEH BERGRADUAT.


Utk maklumat lanjut sila hubungi :

Tang (KO) @ Acong

Saturday, December 29, 2007

Hebat sungguh dia ni...

Berita Harian, Jumaat, 28 Disember 2007

ISTIMEWA: Nor Umairah memperoleh 8A dalam PMR menunjukkan demonstrasi bagaimana beliau menjawab soalan peperiksaan kepada Hussain selepas majlis penyampaian anugerah cemerlang PMR, di Ipoh, semalam.

Nor Umairah jawab peperiksaan guna kaki, bercita-cita jadi peguam.
Kita macam mana? Sekarang di mana? dan akan ke mana?
Hebat sungguhkan dia ni...


al-Misri

Tuesday, November 13, 2007

Dealing with sexuality in medicine

“Sexuality in Medicine” conference organised by the Department of Medicine of the Faculty of Medicine and Health Sciences,
University Putra Malaysia (UPM)
NST Online

WHILE Malaysians may be among the most amorous lovers in the world, with approximately 43 per cent having sex daily (according to a Gallup poll in 2004), an equally high percentage of men and women suffer from sexual dysfunction but are too embarrassed to seek medical help.This was disclosed at a recent two-day “Sexuality in Medicine” conference organised by the Department of Medicine of the Faculty of Medicine and Health Sciences, University Putra Malaysia (UPM) which brought together some of Malaysia’s expert clinicians and scientists to speak on how to deal with sexuality in clinical medicine. “Sexuality is one aspect of our patient’s concerns that has traditionally been avoided or only superficially dealt with. “Avoiding or not dealing with sexual dysfunction due to medical or psychiatric illness because of inexperience or shyness prevents us from being the best physicians we can be and our patients do suffer from their ignorance even if they do not voice it out,” said Professor Dr Azhar Md Zain, dean of the faculty of Medicine and Health Sciences, who delivered the opening address at the conference.

Find out more at NST Online...

Thursday, November 8, 2007

Hari Deepavali

Petikan daripada Wikipedia - Suntingan Acong

Hari Deepavali (Bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu
dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

Wednesday, November 7, 2007

UPM Penguna ICT Tertinggi di Asia

Di petik dari Web UPM

UPM Tangga ke-25 Pengguna ICT Tertinggi di Asia - Muncul IPT Teratas di Malaysia
SYABAS KEPADA WARGA UPM. UPM telah berjaya berada di kedudukan ke-25 dalam senarai 100 Pengguna ICT yang tertinggi di Asia oleh Majalah M.I.S Managing Information Strategies keluaran khas 2007. Kejayaan tersebut juga meletakkan UPM di kedudukan ke-4 di kalangan Institusi Pengajian Tinggi Asia yang tersenarai dan sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang teratas di Malaysia.


Majalah tersebut telah melaksanakan penilaian dalam penggunaan strategik IT serta faedah yang diperoleh ke atas 200 organisasi terpilih di Asia. Pemilihan 200 organisasi tersebut adalah berpandukan kepada pengiraan bilangan terminal, PC dan server serta jumlah perolehan organisasi.
Tiga (3) kriteria utama yang digunakan dalam penilaian seterusnya ialah untuk –
1. potensi perbelanjaan dalam ICT (potential IT spending);
2. Perbelanjaan IT yang sebenar (actual IT spending);
3. Penggunaan IT yang Strategik (Strategic Use of IT);
Syabas kepada warga UPM di atas kejayaan ini. Semoga penggunaan ICT yang strategik akan dapat menyokong penyampaian perkhidmatan dalam fungsi utama Universiti Putra Malaysia dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional yang dilaksanakan di UPM.