Welcome To All Members PKPG B&K 2005/2008

Welcome to this blog to all members exspecially all communities in Pkpg Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia 2005/2008. Please sign in the guestbook as a member. We appreciate all of you to write anything you like and publish to this site. If you have collections of photo about our activities last time, we appreciate that you can publish as a memories photo collection. Hope you enjoy this site, and make this site as your own site. Get the username and password with Tang Meng or in your email. Good Luck for your coming exam.

Please Sign This Guestbook

Thursday, February 12, 2009

Salam Takziah


Salam Takziah di ucapkan kepada keluarga Profesor Madya Dr. Lily Matura bt. HJ Harun, Ketua Jabatan Pendidikan Kaunselor dan Psikologi Kaunseling, Universiti Putra Malaysia yang telah kembali ke rahmatullah di Hospital Serdang pada jam 8.34 malam tadi di sebabkan masalah apendiks dan juga kebocoran usus.

Menurut sumber yang berada di Hospital pada saat Dr. Lily menghembuskan nafas terakhirnya, denyutan jantung beliau telah berhenti seketika pada jam 7.00 malam dan kembali berdenyut dalam masa 2 minit
kemudian. Pada ketika itu beliau masih lagi menggunakan sistem sokongan pernafasan bagi menyokong sistem pernafasannya. Setelah di persetujui oleh ahli keluarga beliau, sistem sokongan tersebut telah dihentikan pada jam 8.25 malam dan lebih kurang 9 minit selepas itu beliau telah menghembuskan nafasnya.

Jenazah beliau akan di sembahyangkan di rumah beliau di Taman Damai Perdana, Cheras pada jam 9.00 pagi dan akan dikebumikan pada jam 10.00 pagi ini di Tanah Perkuburan Cheras Perdana.

Salam Takziah dan Takzim kami bekas-bekas pelajar Bimbingan dan Kaunseling khasnya dan pelajar Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia umumnya. Semoga roh beliau di cucuri rahmat dan berada bersama golongan-golongan orang yang beriman. Amin.

Kepada yang muslim, marilah kita menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada roh beliau. AL-Fatihah.

No comments: