Welcome To All Members PKPG B&K 2005/2008

Welcome to this blog to all members exspecially all communities in Pkpg Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia 2005/2008. Please sign in the guestbook as a member. We appreciate all of you to write anything you like and publish to this site. If you have collections of photo about our activities last time, we appreciate that you can publish as a memories photo collection. Hope you enjoy this site, and make this site as your own site. Get the username and password with Tang Meng or in your email. Good Luck for your coming exam.

Please Sign This Guestbook

Monday, November 3, 2008

Pinjaman Boleh Ubah


Pinjaman


Pinjaman ialah bantuan kewangan yang perlu dibayar balik. Semua pelajar dan pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) yang menerima tajaan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam bentuk 'pinjaman' adalah dikehendaki membayar balik pinjaman sebagaimana yang dinyatakan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan. Setiap pinjaman KPM yang diterima tidak boleh ditukarkan kepada biasiswa walaupun mendapat keputusan yang cemerlang.



Pinjaman Boleh Ubah

Pinjaman Boleh Ubah ialah bantuan yang diberikan kepada PPP/pelajar yang mengikuti kursus di peringkat Ijazah Pertama di Institusi Pengajian Tinggi Awam tempatan atau luar Negara dan layak dipertimbangkan untuk mendapat kemudahan bayaran 25% sekiranya memenuhi syarat-syarat berikut:

i. Mendapat purata CGPA 2.75 dan ke atas;
ii. Menamatkan pengajian dalam tempoh kursus yang ditetapkan tanpa pelanjutan.
iii. Mengemukakan permohonan dalam tempoh satu (1) tahun dari tarikh konvokesyen.
iv. Tidak menukar bidang/kursus pengajian.
v. Bebas dari sebarang tindakan tatatertib sama ada oleh KPM atau Universiti.



Proses Pembayaran Balik Pinjaman Pelajaran

1. Peminjam menerima Notis Pembayaran Penuh daripada Bahagian Biasiswa, KPM dalam tempoh 6
bulan selepas menamatkan pengajian. (Sila hubungi Bahagian Biasiswa, KPM sekiranya tidak
menerima Notis Pembayaran Penuh).
2. Mengembalikan dengan segera Borang A (Borang Kemaskini Maklumat Peminjam).
3. Mengemukakan permohonan bayaran 25% bagi peminjam program Ijazah Pertama yang layak dengan mengemukakan :
i. Sesalinan transkrip penuh yang disahkan.
ii. Sesalinan sijil Ijazah yang disahkan



Tindakan Peminjam

1. Membuat pembayaran pertama mengikut tarikh mula bayar seperti di jadual pembayaran yang telah ditetapkan.
2. Membuat pembayaran dengan menggunakan kaedah yang ditetapkan.
3. Memastikan pembayaran dibuat dengan teratur setiap bulan.
4. Menerima resit daripada Bahagian Biasiswa, KPM atau resit bercetak lain yang diperakui sebagai bukti pembayaran.
5. Melaporkan kepada KPM dengan segera sekiranya terdapat sebarang perubahan alamat termasuk alamat penjamin.
6. Sentiasa menggunakan No. Kad Pengenalan (lama dan baru) apabila berurusan dengan KPM
berhubung bayaran balik pinjaman.


p/s : Dah pinjam tu jangan wat lupa nak bayar plak hehehe....

Post by Acong

No comments: