Welcome To All Members PKPG B&K 2005/2008

Welcome to this blog to all members exspecially all communities in Pkpg Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia 2005/2008. Please sign in the guestbook as a member. We appreciate all of you to write anything you like and publish to this site. If you have collections of photo about our activities last time, we appreciate that you can publish as a memories photo collection. Hope you enjoy this site, and make this site as your own site. Get the username and password with Tang Meng or in your email. Good Luck for your coming exam.

Please Sign This Guestbook

Thursday, October 23, 2008

Konvokesyen UPM Ke-32



Petikan daripada Harian Metro 22 Oktober 2008



Pujuk Kandungan Usah Lahir Dulu

SERDANG: “Saya `pujuk’ kandungan yang sudah sarat sejak beberapa hari lalu supaya 'sabar' memandangkan saya ingin naik ke pentas untuk mengambil skrol ijazah,” kata penerima Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dan Bimbingan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Seynorita Samsudin, 32.

Dia yang ditemani suaminya, Amran Abu Bakar, 42, antara 797 graduan UPM yang menerima skrol diploma dan ijazah masing-masing pada sesi ketujuh majlis konvokesyen ke-32 universiti itu di Dewan Besar, di sini, semalam.

Amran berkata, isterinya bertegas mahu mengambil skrol ijazah pada majlis berkenaan kerana ia adalah pengalaman pertamanya walaupun dinasihatkan jururawat supaya memasuki wad bagi menunggu masa bersalin.

Katanya, sebaik hajat isterinya untuk menerima ijazah di atas pentas tercapai, Seynorita terus berasa pening dan sakit hingga terpaksa menerima perhatian petugas perubatan di UPM.

“Setiap hari isteri saya memujuk kandungannya supaya bertahan seperti 'sabar dulu, bagi ibu pergi konvo' kerana ini adalah antara perkara penting baginya. Kami gembira semuanya berjalan lancar,” katanya.

Sejurus menerima ijazah, guru kaunselor di Sekolah Menengah Seri Tanjung, Melaka yang dijangka melahirkan anak ketiga mereka hari ini, mengambil keputusan pulang ke Masjid Tanah, kerana mahu melahirkan anaknya di negeri itu.

Penerima Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Linguistik, Sabrina Arshad, 41, berkata walaupun perlu menguruskan tiga anak yang masih bersekolah, ia bukan penghalang baginya untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi.

Kata guru Matematik merangkap Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Damansara Damai, di sini, usia atau tanggungan bukan penghalang baginya untuk mencapai cita-cita dalam meningkatkan tahap pendidikannya.

“Saya terpaksa belajar membahagi masa dengan sebaik-baiknya dan selalunya saya terpaksa mengulang kaji (pelajaran) antara jam 12 tengah malam hingga 2 pagi.

“Saya kahwin ketika usia 21 tahun dan kerana pelbagai tanggungjawab lain termasuk kelahiran anak, saya sering menangguh hasrat menyambung pengajian tetapi ketika peluang datang tiga tahun lalu, saya tidak menoleh ke belakang lagi,” katanya.

Tuesday, October 7, 2008

Soal Selidik Konvokesyen

Setiap graduan yang akan berkonvokesyen pada Konvokesyen ke 32 UPM di wajibkan menjawab soal selidik yang di sediakan oleh Alumni bagi tujuan pengesanan graduan dan juga Kementerian Pengajian Tinggi. berikut url untuk menjawab soal selidik tersebut.

Soal selidik pengesanan graduan 08 UPM
http://www.alumni.upm.edu.my/tracer2008/index.php

Soal Selidik pengesanan graduan - KPT
http://graduat.mohe.gov.my/kpgv4/pengesananlogin.jsp


Acong