Welcome To All Members PKPG B&K 2005/2008

Welcome to this blog to all members exspecially all communities in Pkpg Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia 2005/2008. Please sign in the guestbook as a member. We appreciate all of you to write anything you like and publish to this site. If you have collections of photo about our activities last time, we appreciate that you can publish as a memories photo collection. Hope you enjoy this site, and make this site as your own site. Get the username and password with Tang Meng or in your email. Good Luck for your coming exam.

Please Sign This Guestbook

Saturday, December 29, 2007

Hebat sungguh dia ni...

Berita Harian, Jumaat, 28 Disember 2007

ISTIMEWA: Nor Umairah memperoleh 8A dalam PMR menunjukkan demonstrasi bagaimana beliau menjawab soalan peperiksaan kepada Hussain selepas majlis penyampaian anugerah cemerlang PMR, di Ipoh, semalam.

Nor Umairah jawab peperiksaan guna kaki, bercita-cita jadi peguam.
Kita macam mana? Sekarang di mana? dan akan ke mana?
Hebat sungguhkan dia ni...


al-Misri

Friday, December 28, 2007

Fikir-fikirkan...


oleh Rohani Hj. Idris




Pengetahuan, Pengamatan, dan Pemikiran

Memperkaya Pengalaman dan

Mematangkan Tindakan




# Adakah kita dikalangan mereka yang sering berfikir?


Masih Lagi Bernafas

oleh al-Misri

Jasad yang separuh abad usianya ini

semakin hari kian gagah dan berani

bersama zat pembangunan serta ekonomi minda kelas pertama

ia mampu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah

mempersiapkan halaman generasi sebagai wadah

melestarikan jiwa sebagai hadarah

untuk kejayaan hadir di dalam genggaman.


Negaraku masih lagi bernafas

dengan injabnya watan yang masih lagi berdaya

namun ada juga yang menerima dekstrosa Barat

mengubrakan impian dalam damai

sambil menyasap jati dirinya

sehingga terkadang mereka lupa

degupan nadi itu kurniaan dari yang Maha Bijaksana.


Hari ini 50 tahun sudah negaraku bernafas

walaupun dalam menggeligis dan payah

memperkukuh kembali amanah yang bukan kepalang

membangun dalam derita sejarah yang panjang

dan kitalah yang harus menjana nafas baru negara

dengan membuang kegalauan dan memperteguh denyutan

agar jasad tua ini masih mampu bernafas lagi

bersama sinar merdeka untuk seratus tahun yang abadi !