Welcome To All Members PKPG B&K 2005/2008

Welcome to this blog to all members exspecially all communities in Pkpg Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia 2005/2008. Please sign in the guestbook as a member. We appreciate all of you to write anything you like and publish to this site. If you have collections of photo about our activities last time, we appreciate that you can publish as a memories photo collection. Hope you enjoy this site, and make this site as your own site. Get the username and password with Tang Meng or in your email. Good Luck for your coming exam.

Please Sign This Guestbook

Friday, November 16, 2007

Sahabat

Oleh Acong

sahabat sejati bukan untuk disakiti,
sahabat sejati bukan diminta untuk dimengerti,
sahabat sejati bukan untuk dijual beli,
sahabat sejati bukan untuk ditinggal dan pergi,
sahabat sejati bukan hanya saat bersuka ria,
sahabat sejati bukan pula untuk dilaga-laga...

hakikatnya,

sahabat sejati adalah untuk dikongsi bersama,
sahabat sejati adalah untuk kita berduka dan suka,
sahabat sejati adalah untuk bawa sampai ke mati,
sahabat sejati biar jauh beribu batu,
sahabat sejati biar tidak pernah jumpa sekalipun,
sahabat sejati tempat kita bermanja...

kesimpulannya,

tiada ungkapan seindah sahabat sejati,
namun mengapa ada manusia yang tidak menghargai ungkapan ini,
adakah ia normal atau sebaliknya?
aku mencari sahabat sejati yang abadi...
sudahkah aku temui?

Thursday, November 15, 2007

Promotion Pleaaassee....

People who do lots of work...
make lots of mistakes

People who do less work...
make less mistakes

People who do no work...
make no mistakes

People who make no mistakes... gets promoted
That's why I spend most of my time
sending e-mails & playing games at work

I need a promotion.

by waliz

Wednesday, November 14, 2007

Tuesday, November 13, 2007

Dealing with sexuality in medicine

“Sexuality in Medicine” conference organised by the Department of Medicine of the Faculty of Medicine and Health Sciences,
University Putra Malaysia (UPM)
NST Online

WHILE Malaysians may be among the most amorous lovers in the world, with approximately 43 per cent having sex daily (according to a Gallup poll in 2004), an equally high percentage of men and women suffer from sexual dysfunction but are too embarrassed to seek medical help.This was disclosed at a recent two-day “Sexuality in Medicine” conference organised by the Department of Medicine of the Faculty of Medicine and Health Sciences, University Putra Malaysia (UPM) which brought together some of Malaysia’s expert clinicians and scientists to speak on how to deal with sexuality in clinical medicine. “Sexuality is one aspect of our patient’s concerns that has traditionally been avoided or only superficially dealt with. “Avoiding or not dealing with sexual dysfunction due to medical or psychiatric illness because of inexperience or shyness prevents us from being the best physicians we can be and our patients do suffer from their ignorance even if they do not voice it out,” said Professor Dr Azhar Md Zain, dean of the faculty of Medicine and Health Sciences, who delivered the opening address at the conference.

Find out more at NST Online...

Renungan

Oleh Merpati Putih

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi.. jeng!jeng!jeng! .. bunyi.... aauuummmmm!! ! Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja.

Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.

Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya.Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.
Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu. .. Bunyi lebah bawa madu.Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.... Tikus yg sedang mengigit tali........

Kalau semua nak tahu ...si Hamba Allah itu adalah kita semua.
Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah.
2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti.
Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia.
Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...
1 minit untuk mengingati Allah

Sebutlah dengan sepenuh hati dan lidah yang fasih akan:

SUBHANA'LLAH
ALHAMDULI'LLAH
LA I LAHA ILLA'LLAH
ALLAHU AKBAR
ASTAGHFIRU' LLAH
LA ILAH ILLA'LLAH, MUHAMMADUN RASULU'LLAH
ALLAHUMMA SALLY WA SALLEM WABAREK ALA SAYYEDINA MUHAMMAD
WA AALIHE WA SAHBIH AJMA'EEN

Saturday, November 10, 2007

4 Tip Berguna Untuk Guru

Oleh Kak Maz
Mengingati Amanah
Ingatlah bahawa setiap pekerjaan yang anda lakukan merupakan satu amanah dan setiap amanah akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Untuk menjadikan anda lebih bertanggungjawab terhadap kerjaya seorang guru. Amalkan tip ini. Setiap pagi apabila anda melangkah keluar dari pintu rumah untuk ke sekolah, mulakan dengan kaki kanan dan apabila kaki kanan jejak saja ke lantai bisikkan ke dalan hati “ Setiap langkahku menuju ke sekolah membawa amanah daripada Allah, Amanah yang ku pegang ini akan dipertanggungjawabkan di akhirat.” Bisikan hati ini sangat penting kerana ianya akan menjadi satu benteng kuat yang meniupkan semangat kita untuk berkerja kerana Allah dan insyakallah anda pasti tidak akan lalai menunaikan tanggungjawab. Bisikan hati ini perlu diamalkan setiap hari dan kesannya anda pasti akan rasa dalam masa seminggu jika anda amalkan.
Langkah Pahala
Anda perlu tahu, bahawa dari mula langkah anda keluar dari rumah ke sekolah adalah langkah-langkah yang dipenuhi dengan pahala, rahmat dan restu daripada Allah. Cuba anda bayangkan bahawa setiap langkah anda menuju ke kelas, berulang alik dari satu kelas ke satu kelas anda telah mengumpul banyak keberkatan daripada Allah. Belum lagi anda mengajar, anda hanya baru melangkah tetapi anda sudah dilempahi rahmatnya. Umpama anda berjalan sambil mengutip wang siling yang bertaburan di merata-rata di sepanjang perjalanan. Jika anda tahu, pasti seminitpun anda tidak akan lalai dari melambat-lambatkan langkah anda untuk masuk ke kelas.
Kuasa Memberi
Sebenarnya amat susah untuk kita memberi, kerana setiap pemberian yang kita hulurkan pasti mengharapkan sesuatu sama ada ganjaran kewangan, penghargaan, pangkat dan darjat. Jika semua yang diharapkan tidak berbaloi sukar untuk kita menghulurkan sesuatu tambahan pula benda yang akan kita berikan merupakan benda yang amat kita sayang dan hargai. Namun sebenarnya kuasa memberi itu amat luar biasa, Malah para sarjana, tokoh-tokoh islam terkemuka dan sahabat-sahabat nabi sudah mengamalkan dari dulu lagi.
Memberi di sini bukan bermaksud harta benda sahaja, memberi di sini mencakupi istilah yang luas. Sebagai seorang guru, memberi nasihat, memberi tunjuk ajar, memberi pengetahuan, memberi peluang kepada pelajar, memberi kata-kata positif dan memberi ruang untuk berhubung dan berkomunikasi dengan pelajar secara ikhlas adalah istilah memberi sebenarnya bagi seorang guru. Memberi di sini bukan kerana ianya satu tanggungjawab kerana ”Aku di bayar Gaji” tetapi memberi untuk melihat anak bangsa berjaya, anak bangsa berdaulat, anak bangsa menjaga maruah agama dan negara dan anak bangsa yang akan mewarisi dunia. Itulah istilah memberi yang sesungguhnya anda akan dilimpahi rahmat Allah jika anda amalkan dalam kehidupan anda seharian. (Baca article tajuk ”Kuasa Memberi” dalam laman saya di http://erapendidikan.blogpot.com/ untuk memahami dengan lebih mendalam apakah kuasa memberi)
Melihat Potensi
Satu lagi tip yang amat berguna yang mana ianya boleh diamalkan oleh setiap guru jika ingin melihat perubahan yang baik terhadap anak didik mereka ialah melihat potensi. Melihat potensi di sini bermakna bukan melihat potensi anda sebagai seorang guru tetapi melihat potensi anak didik anda.
Kebanyakan guru, masuk ke kelas untuk mengajar sudah meletakkan tanggapan atau melabelkan pelajar mereka dengan istilah pandai, tak pandai, malas, rajin, bodoh dan sebagainya. dan ianya pula diikuti dengan mencari kesalahan pelajar mereka dengan pelbagai rungutan, kritikan, dendaan dan leteran. Cuba anda ubah corak komunikasi yang anda amalkan dahulu kepada melihat bahawa setiap pelajar semuanya berpotensi untuk berjaya. Ubah persepsi anda bahawa kejayaan bukan semata-mata kejayaan dalam bidang akademik kerana istilah kejayaan itu juga adalah luas dan ingat bahawa setiap anak adam yang dilahirkan ke muka bumi ini adalah yang terbaik dan tugas anda adalah membawa mereka ke jalan yang benar.
Pastinya di sekolah anda melihat pelbagai karenah yang negatif yang menyakitkan hati anda, bersabar dan jangan sekali-kali mengeluarkan perkataan yang negatif, lihat potensi pelajar tersebut dari pelbagai sudut. Contohnya jika pelajar sering tidak membuat kerja rumah, gunakan teguran yang bersifat positif seperti ” Ali anda sebenarnya pandai dan cikgu pasti jika anda usaha lebih sedikit anda pasti akan berjaya. Cikgu sedia membantu bila-bila masa Ali perlukan, Cikgu ingin mambantu Ali tapi jika cikgu seorang susah sikit, boleh tak kita sama sama cari jalan bagaimana hendak meningkatkan prestasi Ali dalam pelajaran. Ali ada apa-apa cadangan?”
Jangan cuba membuat teguran bersifat negatif pasti akan mendatangkan kebencian pelajar tersebut kepada anda dan akibatkan perhubungan anda dan mereka akan bersifat perhubungan yang negatif dan menghalang semua maklumat dan pengetahuan yang anda sampaikan menyerap dalam diri pelajar. Ada peluang puji pelajar anda walaupun anda tahu dia seorang pelajar yang nakal, cuba cari potensi yang ada pada diri pelajar tersebut dan mulakan dengan pujian, Anda akan lihat hasilnya dalam masa kurang dalam satu bulan, pelajar yang jarang buat kerja rumah, ada masalah disiplin, masalah sosial dan masalah ponteng pasti akan menjadikan anda sebagai kawan rapat. Dari situ setiap apa yang anda katakan tentu akan diikutinya.
"Ingat anda adalah amanah dan amanah itu adalah wajib"

Thursday, November 8, 2007

Hari Deepavali

Petikan daripada Wikipedia - Suntingan Acong

Hari Deepavali (Bahasa Tamil: தீபாவளி) juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalender Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Menurut lagenda, Raja Naragasuri yang kejam dan selalu memeras rakyatnya, telah dikalahkan dan dibunuh oleh Maha Krishnan. Sebelum mati, Raja Naragasuri meminta semua manusia agar mereka merayai hari kemenangan itu sebagai peringatan kepada yang mereka yang baik tentang godaan hantu dan syaitan, peringatan kepada mereka yang lupa agar berbuat baik dan menjauhi daripada membuat kejahatan sesama manusia.

Pelita yang dipasang dalam barisan dapat dilihat dinyalakan di rumah penganut Hindu bagi melambangkan kejayaan kebaikan mengatasi kejahatan yang dirayakan sebagai perayaan Deepavali.

Pada pagi Deepavali, penganut Hindu akan menjalani mandi minyak yang melambangkan penyucian badan dan semangat. Selepas upucara penyucian yang melambangkan permulaan yang baru, penganut Hindu akan mengunjungi kuil dimana patung dewa Hindu akan dikalungkan dengan kalungan bunga.

Pada pintu masuk rumah penganut Hindu hiasan "kolam", hiasan bungaan halus yang dilakarkan di atas tanah yang biasanya diperbuat daripaja bijiran pelbagai warna akan diletakkan. Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.
"Kolam" merupakaan upacara keagamaan bagi penganut Hindu
dan orang Islam adalah dilarang mengikutnya.

Wednesday, November 7, 2007

Dalam Pencarian

oleh Rohani Hj. Idris


Dalam pencarian "Guru Sebenar Guru"...antara ilmu, amal dan bual; manakah satu yang sebenarnya bekal?

Ramai mengaku 'berilmu' tapi kurang berakal apatah lagi yang sedikit ilmunya tapi langsung tidak berakal;

itulah punca amal dan bual tidak menjadi bekal.


" Do you know the difference between education and experience?
Education is when you read the fine print; experience is what
you get when you don't."

~ Pete Seeger


Kenapa Saya Istimewa ?

Jennie S. Bev dalam blognya telah menulis tentang topik bertajuk ‘Why I’m So Special” . Jennie adalah seorang penulis buku “Success Mindset” dan “The Greatest Success Secret” .Jawapan mudah yang diberikan adalah kerana tiada seorangpun insan di dunia ini diciptakan sama di antara satu sama lain. Allah mencipta manusia berbeza daripada yang lain. Itulah Keistimewaannya. Dan keistimewaan yang saya miliki tidak membutakan mata untuk mengucapkan “ Syukur ke hadrat Allah di atas segala limpah kurnianya yang menjadikan saya satu anugerah di muka bumi ini”.
Kenapa saya Istimewa dan harus berterima kasih kepada yang maha esa! Di bawah ini adalah 10 perkara yang menjadikan saya istimewa dibandingkan dengan orang lain di dunia ini.

1. Syukur kerana saya masih mempunyai keluarga dibandingkan dengan mereka yang kehilangan ahli keluarga dan menderita.
2. Syukur tak terhingga kerana saya mempunyai saudara mara dan rakan sekeliling yang banyak membantu dan menyokong saya selama ini.
3. Syukur kerana saya masih boleh makan dan minum setiap hari. Nun di luar sana ada yang tidak dapat makan dan kebuluran sepanjang masa.
4. Syukur kerana saya dianugerahkan kesihatan yang membantu saya untuk berfungsi dengan baik di muka bumi ini dibandingkan mereka yang terlantar menderita pelbagai penyakit.
5. Syukur dan syukur kehadratnya kerana saya mempunyai segala kemudahan asas yang mana di luar sana mungkin tidak berupaya memilikinya.
6. Syukur kerana kehidupan saya dilimpahkan kurnianya yang tidak terhingga sehingga tak terungkap dengan ucapan terima kasih.
7. Syukur kerana Allah menyayangi saya sebagai hambanya.
8. Syukur dan alhamdullillah kerana kenikmatan hidup tidak melupakan saya kepadanya.
9. Syukur sekali lagi kerana saya belajar sesuatu dari Jennie’s blog yang membuka mata hati dan minda agar berfikir tentang pentingnya kesyukuran kepada ilahi.
10. Dan syukur kerana dari saat ini saya masih lagi bernafas dan meneruskan hidup ini dengan sempurna.

Dan Syukur...syukur….syukur.. tak terhingga atas segalanya.
Pada saat ini, saya mahu pembaca melahirkan kesyukuran mereka kepada Allah. Luangkan masa anda dan tuliskan 10 sebab kenapa anda harus bersyukur kepada Allah! Mulakan sekarang. Sekalipun anda tidak tahu bagaimana untuk meluahkan kesyukuran itu, tuliskan apa saja yang membezakan anda dengan insan lain di dunia ini. Itulah keistimewaan anda. Ingat anda adalah istimewa dan saya percaya selepas ini anda akan merasakan betapa istimewanya diri anda dibandingkan dengan yang lain.

“NO ACTION NOTHING HAPPEN”
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA ANDA SEMUA.

Thank God is an absolute way to attract more goodness and kindness into my life ~ Love u from Kak maz.

UPM Penguna ICT Tertinggi di Asia

Di petik dari Web UPM

UPM Tangga ke-25 Pengguna ICT Tertinggi di Asia - Muncul IPT Teratas di Malaysia
SYABAS KEPADA WARGA UPM. UPM telah berjaya berada di kedudukan ke-25 dalam senarai 100 Pengguna ICT yang tertinggi di Asia oleh Majalah M.I.S Managing Information Strategies keluaran khas 2007. Kejayaan tersebut juga meletakkan UPM di kedudukan ke-4 di kalangan Institusi Pengajian Tinggi Asia yang tersenarai dan sebagai Institusi Pengajian Tinggi yang teratas di Malaysia.


Majalah tersebut telah melaksanakan penilaian dalam penggunaan strategik IT serta faedah yang diperoleh ke atas 200 organisasi terpilih di Asia. Pemilihan 200 organisasi tersebut adalah berpandukan kepada pengiraan bilangan terminal, PC dan server serta jumlah perolehan organisasi.
Tiga (3) kriteria utama yang digunakan dalam penilaian seterusnya ialah untuk –
1. potensi perbelanjaan dalam ICT (potential IT spending);
2. Perbelanjaan IT yang sebenar (actual IT spending);
3. Penggunaan IT yang Strategik (Strategic Use of IT);
Syabas kepada warga UPM di atas kejayaan ini. Semoga penggunaan ICT yang strategik akan dapat menyokong penyampaian perkhidmatan dalam fungsi utama Universiti Putra Malaysia dalam bidang pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perkhidmatan profesional yang dilaksanakan di UPM.

Tuesday, November 6, 2007

Hayati liriknya...


Oleh Acong

Marilah kita sama-sama renungkan lirik lagu nie...

cam ner lagu nie...ok x....

Falsafah

Cinta Anugerah Tuhan

Oleh Rohani Hj. Idris

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.

Monday, November 5, 2007

Renungan

Oleh Acong

Mari Renung Bersama


Janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "Salam" iaitu sama makna dengan Assalamualaikum. Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform A'kum dalam sms ataupun email.


Perkataan 'AKUM' adalah gelaran oleh orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud 'BINATANG' dalam Bahasa Ibrani. Ia singkatan daripada perkataan


'Avde Kokhavim U Mazzalot' yang bermaksud 'HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT'.


Mulai sekarang jika ada orang hantar shortform "A'kum", kita ingatkan dia guna "Salam" kerana salam ialah dari perkataan Assalamualaikum. Semoga ada manfaatnya



KERANA SESUNGGUHNYA ILMU YANG BERMANFAAT ITU, AKAN ABADI JIKA DIAMALKAN

Jangan Strees

Oleh : kak maz

Teknik kawal strees bila tak siap assigment :
1. Tarik Nafas..buang nafas...Woo...lega..bau apa tu...
2. Jangan panik senyum......basah lagi.....
3. Banyakkan ketawa..ha...haa...hu..huu...Waaaaa...
4. Jangan Panik buat tak tahu je..macam Aiman..dia tak kesah...
Apa-apa pun asigment mesti siap.

CIKGU JOHAN

Oleh Al-Misri

Semboyan berbunyi nyaring memberi amaran kepada semua pelajar agar bersiap sedia menghadapi persekolahan pada hari ini, 21 Julai 2313. Semboyang yang sudah uzur itu tidak pernah melupakan tangungjawabnya walaupun tiada siapa yang peduli. Kenderaan pelajar dan guru bergerak perlahan-lahan memasuki kawasan sekolah menerusi kawasan kawalan keselamatan. Setiap kereta dan setiap individu harus melalui kawasan ‘scanner’ untuk memastikan mereka tidak membawa sebarang senjata.Alat yang dipasang 20 tahun lalu sudah tidak berfungsi dengan sempurna kerana kemajuan teknologi terkini yang menghasilkan pelbagai jenis senjata dapat mengelak ‘scanner’ ini.

Cikgu Johan memandu kereta Gen-5 model 2300 meninggalkan kawasan kawalan keselamatan. Kereta antipencemaran yang direka oleh beberapa orang jurutera Malaysia itu dijangka dapat menangani masalah pencemaran dan krisis tenaga. Kereta ini tidak akan mengeluarkan sebarang asap atau sisa buangan kerana menggunakan 100 peratus tenaga elektrik yang dijana daripada bateri khas bertenaga tinggi. Setelah meletakkan keretanya di garaj yang dikhaskan untuk guru, dia bergegas ke bilik mesyuarat. Hari ini ahli lembaga sekolah akan bersidang, dan sebagai guru baru dia perlu hadir untuk menyebatikan dirinya dengan masalah disiplin dan akademik pelajar.

“Apa yang perlu kita tumpukan di sini ialah usaha kita untuk mencegah pelajar-pelajar kita daripada membawa masuk senjata ke kawasan sekolah,” suara garau Cikgu Sahar bagaikan kata aluan kepada Cikgu Johan apabila dia membuka pintu bilik mesyuarat. Kehadirannya sedikit pun tidak mengganggu perjalanan mesyuarat. Pada perkiraan Cikgu Johan perbincangan ini mungkin sudah berlanjutan selama 10 minit.

“Alat ‘scanner’ yang kita gunakan selama ini ketinggalan zaman untuk mengesan senjata yang semakin canggih”. Cikgu Sahar yang merupakan cikgu yang paling lama mengajar di sekolah ini meneruskan penerangannya.

“Tetapi semasa alat ini baru dipasang pun, tiada senjata yang dapat dikesan ketika dibawa masuk”. Cikgu Zainal Timbalan Pengetua mencelah.

“Memang benar kerana tiada siapa yang membawa masuk senjata untuk mengelakkan daripada dikesan. Tetapi sekarang ada pelbagai senjata laser seperti ‘us-A’ yang kecil tetapi bertenaga. ‘Us-A’ ini diperbuat daripada bahan plastik campuran. Jika ‘us-A’ ini dibalut dengan sehelai kertas sekalipun ia akan melepasi ‘scanner’. Pembuatan dan penggunaannya diharamkan di seluruh dunia kerana senjata ini sering digunakan oleh pengganas. ‘Us-A’ menjadi senjata rebutan di pasaran gelap. Menurut laporan polis, senjata ini biasanya dibeli oleh pelajar”.

“Tidak adakah alat yang dapat mengesan senjata seperti ini?” Cikgu Johan cuba melarutkan dirinya ke dalam perbincangan itu. Sepuluh pasang mata terpanah kepada Cikgu Johan, bagaikan terperanjat dengan kehadirannya yang tidak begitu disedari.

“Ada, tetapi kita terpaksa menggunakan semua wang peruntukan sekolah ini untuk membelinya,” sahut Cikgu Anwar selaku bendahari sekolah, sambil berdiri mengambil sepotong kuih.

“Saya rasa masalah ini berpunca daripada kelalaian sesetengah guru pada masa lalu dalam mengajar Pendidikan Islam dan Moral. Mereka tidak cuba memperkukuhkan pendidikan itu ke dalam jiwa anak murid mereka.” Ustazah Nabilah yang merupakan orang yang keempat terpenting dalam ahli lembaga sekolah serta guru kanan pendidikan kerohanian memberi pendapat.

“ Ada benarnya pendapat ustazah itu, tetapi saya rasa kita berkumpul bukan untuk mencari punca sebaliknya penyelesaian terhadap masalah ini. Rasanya perkara yang lalu tidak ada guna kita ungkit.” Cikgu Jamil, Pengetua sekolah membawa kembali perbincangan ke daerah asalnya.

Cikgu Johan terasa hendak membuka mulut untuk menyuarakan pendapatnya tetapi segera dimatikan keinginannya, menyedari dia hanya pemerhati.

“Bagaimana kalau kita singkirkan ketua-ketua geng?” Cikgu Iman yang baru sebulan bertugas sebagai Timbalan Pengetua Hal-Ehwal Murid memberi idea, sekadar tidak mahu dianggap pasif oleh ahli lembaga sekolah.

“Hiss...... lagi kacau! Kita percaya terdapat dua kumpulan besar geng pelajar yang sangat berpengaruh serta beberapa geng kecil. Kumpulan pertama diketuai oleh Mohd. Shukor, atau lebih dikenali dengan nama ‘Jenggo’. ‘Jenggo’ menamakan kumpulannya ‘Racun’. Kumpulan kedua pula diketuai oleh Akhbar yang lebih betah dipanggil ‘Bai’. ‘Bai’ pula menamakan kumpulannya ‘Peluru’. Kedua-dua kumpulan ini sering bergaduh terutamanya di luar sekolah. Sering kita menerima laporan polis mengenai pergaduhan yang melibatkan mereka. Yang kita bimbangkan ialah kebanyakan mereka menggunakan senjata

‘us-A’. Ada juga kumpulan-kumpulan kecil yang lain, tetapi mereka lebih merupakan kelompok yang tersingkir daripada kedua-dua kumpulan ini. Ada juga satu kumpulan yang menggelar diri mereka ‘hard rock’ yang diketuai oleh Badrul atau digelar ‘Boroi’. Dia dikatakan tersingkir daripada kumpulan ‘Peluru’ kerana dituduh cuba mengkhianati kumpulan itu. Walau bagaimanapun kumpulan-kumpulan kecil ini tidak memberi sebarang masalah, dan kita yakin sekiranya ‘Racun’ dan ‘Peluru’ bubar, maka kumpulan-kumpulan kecil ini akan hilang dengan sendirinya,” terang Cikgu Sahar dengan terperinci, sambil matanya tertumpu kepada Cikgu Johan. Sebagai guru yang baru bertugas, Cikgu Johan pasti belum begitu arif dengan situasi sekolah ini, fikir Cikgu Sahar.

Setelah menelan seteguk air kopinya yang sudah mulai sejuk, Cikgu Sahar menyambung kembali, “Apa yang saya cuba gambarkan di sini ialah keadaan huru-hara yang mungkin akan timbul akibat penyingkiran ketua-ketua mereka dari sekolah. Pasti berlaku pergaduhan untuk melantik ketua baru. Mungkin juga mereka akan berdamai, tetapi kita tidak boleh mengambil risiko mengakibatkan keselamatan umum terancam !”

* * *

Pendingin hawa berdengung perlahan. Persidangan yang tidak selesai pagi tadi pasti berputar dalam kotak fikir Cikgu Johan. Benarkah pelajar sekolah ini sebegitu teruk perangai mereka. Nyatalah sekarang dia berhadapan dengan generasi yang sudah kehilangan nilai-nilai tradisi ketimuran yang penuh dengan kelembutan. Mungkin Perang Kimia yang meletus dua abad yang lepas menghasilkan generasi yang sebegini rupa.

Cikgu Johan tersentak lalu bangkit daripada pembaringannya. Sambil duduk berjuntai kaki dibirai katil, dia menyentuh punat komputer di sebelah katilnya. Bunyi ‘beep’ jelas kedengaran menandakan semua sistem komputer telah bangun daripada ‘rehat’nya dan bersedia untuk beroperasi. Cikgu Johan segera menarik kerusi lalu duduk. Skrin komputernya memaparkan segala persediaan untuk mengajar esok hari. Mata pelajaran Ekonomi.

Apabila berpuas hati dengan kandungan pelajaran dan soalan, dia segera mengangkat telefon dan menghubungi Pusat Kawalan Komputer Sekolah. Beberapa minit kemudian, dia bersandar senang sambil memerhatikan data pada komputernya dipindahkan ke bilik darjahnya melalui modem satelit.

Meskipun sudah dua minggu dia melaporkan diri ke sekolah tetapi esok adalah hari pertama dia akan mengajar. Entah mengapa hati kecilnya berdoa semoga ‘Jenggo’ dan ‘Bai’ akan menjadi salah seorang anak muridnya. Seperti teringatkan sesuatu, Cikgu Johan menarik lacinya dan mengeluarkan dua helai kertas. Kedua-dua helai kertas ini diambil secara bersembunyi dari bilik rekod pejabat. Data peribadi ‘Jenggo’ dan ‘Bai’ tercatat dengan jelas berserta dengan gambar mereka. Gambar yang terlekat di bahagian atas kertas itu menarik perhatian Cikgu Johan. Gambar mereka di tingkatan satu hanya menonjolkan wajah yang bersih bagai kain putih yang baru dibeli. Sudah empat tahun berlalu, entah bagaimanakah wajah mereka sekarang, getus hati Cikgu Johan lalu kembali berbaring.

* * *

Pintu automatik terbuka luas dan memberi laluan kepadanya untuk bolos ke dalam kelas Tingkatan Lima Mahathir. Tentunya mengambil nama Perdana Menteri Malaysia yang keempat. Beliaulah yang telah mengutarakan Wawasan 2020 dan telah membawa Malaysia menjadi negara perindustrian terutama di dunia seperti sekarang ini.

Tiada ucapan salam menyambut kedatangannya, seperti mana biasa dilakukan oleh pelajar pada abad 21. Cikgu Johan berjalan pantas ke meja guru dan memasukkan kad pengenalan gurunya ke dalam komputer pusat kelas di meja guru. Dia segera menekan beberapa kunci pada papan kekunci untuk membawa maklumat mata pelajarannya dari memori komputer. Sebentar kemudian, terpapar perkataan ‘Ekonomi’ di skrin paparan di hadapan kelas. Dua puluh lima kepala mengangguk perlahan menyedari bahawa Cikgu Johan adalah pengganti kepada Guru Ekonomi sebelum ini yang telah bersara.

Bunyi berdengung seperti langau kedengaran

apabila pelajar menjawab salam Cikgu Johan. “Ekonomi adalah salah satu pelajaran penting dalam kehidupan kita, dan telah dipelajari oleh pelajar-pelajar di dunia sudah berkurun lamanya,” mukadimah yang dipetik daripada kata-kata bekas guru Ekonominya terhenti apabila terpandang dua wajah di belakang kelas yang tidak terjejas dengan pertambahan usia sebanyak empat tahun. Cikgu Johan langsung tidak menyangka yang kedua-dua ‘Jenggo’ dan ‘Bai’ akan menjadi anak muridnya sekaligus.

“Mohd. Shukor,” tersentak wajah yang tunduk memerhatikan garisan di tangan bagaikan penilik nasib. Mungkin dia terasa janggal dengan namanya sendiri kerana selama ini dia lebih dikenali sebagai ‘Jenggo’.

“Ya,” sahutnya ringkas.

“Cuba kamu definisikan perkataan ekonomi.”

Dia terdiam. Matanya melilau memandang skrin paparan dan sesekali menjenguk ke skrin komputernya sendiri seperti mengharapkan jawapan yang diperlukan akan muncul di situ.

“Sampai mana kamu dah belajar ekonomi?” Cikgu Johan bertanya soalan yang dia sendiri maklum akan jawapannya.

“Ekonomi Eropah sejak zaman kejatuhan Blok Komunis,” jawab ‘Jenggo’ atau Mohd. Shukor itu dengan pantas. Sekurang-kurangnya dia bukannya seorang pelajar yang leka, fikir Cikgu Johan.

“Sebegitu jauh kamu belajar ekonomi, masih tidak tahu definisi perkataan ‘ekonomi’?” Dia dapat mengesan senyum sinis pada muka ‘Bai’.

Kelas diteruskan tanpa sebarang kesulitan. Ternyata mereka tidaklah seburuk yang disangka. Cuma kumpulan yang mereka tubuhkan sendiri secara tidak langsung membahagikan mereka kepada dua kelompok yang nyata. Apabila salah seorang anggota sesuatu kumpulan bangun menjawab soalan, maka ahli kumpulan yang satu lagi akan menjuihkan bibir.

Masa Ekonomi berakhir, dan sekelompok pelajar keluar dari kelas dan berkumpul di luar bersama ‘Jenggo’, manakala ‘Bai’ terus duduk di dalam kelas sambil dikelilingi oleh pengikutnya. ‘Jenggo’ dan ‘Bai’ bertentang mata buat beberapa ketika. Hati Cikgu Johan berdebar-debar. Lagak mereka bagaikan hendak bertempur. Masing-masing menyeluk poket seluar, bersedia untuk mengeluarkan sesuatu. Akhirnya ‘Jenggo’ berpusing dan beredar, diikuti oleh pengikutnya.

* * *

Buku Psikologi Pelajar tulisan Dr. Rubiah K. Hamzah dibeleknya berulang kali. Hampir remuk buku yang baru dibelinya di Pusat Perkhidmatan Buku Berkomputer (PPBB) dalam perjalanan pulang dari sekolah. Di antara ratusan buku psikologi yang ada di senarai PPBB, dia memilih buku ini kerana penulis buku ini merupakan bekas gurunya.

Dia bungkam. Matanya terasa berdenyut-denyut kerana sudah hampir dua jam menatap buku itu, namun kandungan buku itu tidak berjaya meleraikan kebuntuan yang bermain di kepalanya. Cikgu Johan mengetepikan buku itu lalu berbaring. Oh. Tuhan ! Bantulah aku untuk membimbing mereka ke arah yang Kauredai, doanya sebelum terlena.

Kehadirannya di bilik guru disambut dengan pesanan Cikgu Jamil di Interkom mengarahkannya untuk hadir ke bilik Pengetua. Setelah memadamkan pesanan itu, dia segera melangkah ke pejabat Pengetua. Melihat kedatangannya, Setiausaha Pengetua segera menekan punat pintu untuk mempersilakannya masuk.

“Assalamualaikum,” tegur Cikgu Johan agak keras apabila salamnya yang pertama tidak didengari oleh Cikgu Jamil yang terlalu khusyuk menatap beberapa keping kertas di tangannya.

Cikgu Jamil mengangkat mukanya yang kelihatan tegang. “Cuba cikgu baca laporan ini,” katanya sambil menunjukkan kertas di tangannya.

Belum pun sempat Cikgu Johan membaca, ketuanya menjelaskan, “Ini adalah laporan daripada ibu pejabat saya pukul tiga petang semalam. Seramai 15 pelajar sekolah ini ditangkap kerana menggangu ketenteraman awam di Bandar Zon Selatan. Mereka bertempur sesama sendiri menggunakan beberapa jenis senjata berbahaya. Ada yang cedera parah dirawat di hospital. Menurut pengamatan saya, pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada kumpulan ‘Racun’ dan ‘Peluru’. Walau bagaimanapun ketua mereka tidak terlepas.

“Apa kaitannya dengan saya ?” tanya Cikgu Johan, ragu-ragu dengan tujuan dia dipanggil.

“Menurut laporan harian Pusat Kawalan Komputer Sekolah kepada saya, cikgu ada menyoal pelajar-pelajar cikgu secara lisan semalam. Mengikut teori saya, salah seorang ahli kumpulan telah menghina kumpulan yang yang lain menerusi jawapannya. Ini mengakibatkan lawannya sakit hati. Kerana itu mereka bertembung untuk membuat perhitungan sebaik-baik sahaja selesai persekolahan semalam.”

“ Saya rasa tidak salah saya menyoal pelajar-pelajar kelas saya.”

“ Saya tak kata cikgu salah, cuma saya nak ingatkan cikgu, kita tak boleh menyoal pelajar sewenang-wenangnya. Tugas guru ialah mengajar supaya mereka faham. Soalan hanya boleh dibuat melalui ujian bertulis atau komputer.”

“ Sekarang ini mereka semua ditahan di balai polis pusat sehingga ibu bapa mereka datang untuk menjamin mereka,” sambung Pengetua apabila melihat Cikgu Johan hanya mendiamkan diri sambil meneliti kertas ditangannya.

“Cikgu!” Langkah Cikgu Johan terhenti sebelum keluar dari bilik Pengetua. “Saya ada mendengar rakaman pengajaran cikgu semalam. Saya rasa cikgulah orang yang dapat mengubah sikap degil mereka ini. Cuma saya berharap cikgu akan berhati-hati dalam setiap tindakan cikgu.”

* * *

“Awak berdua tahu tak, apa yang awak lakukan adalah bertentangan dengan etika kehidupan manusia yang beradab sopan dan beragama seperti bangsa kita ini. Hanya manusia jahil dan tak bertamadun seperti pada zaman batu sahaja yang akan bertindak bodoh seperti kamu berdua.”

Merah padam muka ‘Jenggo’ dan ‘Bai’ yang duduk bersebelahan apabila mereka disifatkan oleh Cikgu Johan seperti manusia zaman batu. Bagi Cikgu Johan pergabungan mereka di dalam kelas sudah melampau dan sukar dimaafkan.

“Kerana persengketaan dan pergaduhan di antara manusialah keseimbangan ekologi dunia semakin merosot. Persengketaan antara penduduk Barat dan Timur bumi ini menyebabkan meletusnya Perang Kimia dua abad yang lalu. Akibat peperangan ini hampir 55% daripada muka bumi tidak selamat untuk didiami kerana limpahan sisa toksik dan radioaktif. Sekarang ini pula berlaku persengketaan antara golongan elit yang tinggal di Pusat Komuniti Bulan. Ramai orang menjangka satelit semula jadi tunggal bumi ini akan musnah.”

“ Kamu semua sudah dewasa, seharusnya tahu menilai dan bertindak menurut fikiran yang rasional,” nada suara Cikgu Johan mula mendatar. Sambil duduk dia menyambung, “Bangsa kita akan musnah satu hari nanti jika kamu berdua dan pengikut-pengikut kamu berkelakuan sebegini. Persengketaan adalah

sia-sia sama ada kita menang atau kalah. Menang jadi arang, kalah jadi abu.”

Cikgu Johan berfikir keras. Dilihat ‘Jenggo’ dan ‘Bai’ menundukkan kepala masing-masing. Mungkin kata-katanya ada yang tersangkut pada fikiran mereka. Bagaimana pula dia hendak menyatukan dua hati yang berbeza itu. Bagai menyatukan batu dengan gam kanji. Mampukah dia? Dia merenung wajah kedua-dua anak muridnya itu. Yang terpapar ialah sifat keras kepala.

“Saya akan tinggalkan kamu berdua di sini. Dan bila saya kembali saya mahu kamu berdua sudah berdamai dan berkelakuan seperti manusia yang waras. Oh ya! Baru cikgu teringat, cikgu akan mencadangkan kepada pihak sekolah untuk membentuk sebuah jawatankuasa bagi membincangkan masalah-masalah yang timbul di sekolah ini. Jawatankuasa ini akan dianggotai oleh pelajar sekolah, dan dibantu oleh guru-guru. Cikgu akan mencadangkan kepada pihak sekolah agar melantik kamu berdua sebagai ahli dalam jawatankuasa ini.” Terangkat kening mereka apabila mendengar kenyataan Cikgu Johan yang terakhir, bagai melantik penjenayah menjadi polis.

Cikgu Johan berjalan meninggalkan bilik kaunseling dalam keadaan kedua-dua musuh ketat itu berpandangan sesama sendiri. Senjata ‘us-A’ yang dirampas daripada ‘Jenggo’ dibawa bersama. Dia bersyukur kerana tiba ke kelas tepat pada masanya. Kalau tidak mungkin kepala ‘Bai’ sudah berkecai.

Sambil duduk di kerusinya dia berfikir, wajarkah dia melantik ‘Jenggo’ dan ‘Bai’ menjadi ahli dalam jawatankuasa itu. Dia yakin Pengetua akan bersetuju dengan cadangan untuk menubuhkan jawatankuasa itu, tetapi melantik orang yang banyak menimbulkan masalah kepada sekolah tidak masuk akal. Sebelum bertemu dengan Pengetua, dia perlu bertanya kepada guru-guru yang lain. Setidak-tidaknya dia tidak mahu diketawakan oleh Pengetua nanti. Lama dia berfikir, akhirnya dia bingkas bangun dan berjalan pantas menuju ke bilik kaunseling, bimbang kalau-kalau mereka bertindak mengikut perasaan masing-masing. Dari bilik kaunseling kedengaran bisikan yang mendebarkan. Pintu automatik yang terbuka, sedikit pun tidak mengganggu ‘sembang’ dua sahabat baru. Sesekali mereka ketawa bagaikan dua sahabat lama yang sudah bertahun tidak berjumpa.

Maha Berkuasa Tuhan yang di tangan-Nya terencana kehidupan kita, doa Cikgu Johan sambil tersenyum lega.

Message to All Members

Welcome to this blog to all members exspecially all communities in Pkpg Bimbingan dan Kaunseling, Universiti Putra Malaysia 2005/2008. Please sign in the guestbook as a member. We appreciate all of you to write anything you like and publish to this site. If you have collections of photo about our activities last time, we appreciate that you can publish as a memories photo collection. Hope you enjoy this site, and make this site as your own site. Get the username and password with Tang Meng or in your email. Good Luck for your coming exam.

Album Dinner 2007

yg lari tema kena duk jauh eak hahaha....kesian

Pasangan Paling Glamour Dinner 2007
Azmie n Safura
Disampaikan oleh Abg din n Kak Nun

Al-misri dpt hadiah besar dr Kak Yati...
Apa yg lucu sgt tue jue...

Apa yg besar sgt tu waliz...

apa yg lucu sgt tu Ain, Sherry n Waliz

Tetamu VIP Dr. Rosnani

Dr. Rosnani di meja utama bersama Effa n Kak Yati.

Besssssstttttt......(Yap ckp laaa....)

Control ayu k...
Smile....

Happynya Yap dpt jln dgn Bukhari hehehe....

Meriahnya....

Jejaka-jejaka BnK

Ahsoo yap dpt hadiah lg...

Pari2 n Mrs Cinderella

Dah kenyang bergmbr la plak eak.....

5 mak dara flat ikan

Keluarga Bahagia...hehehe

Apa jd tu Ting...u wat apa pd juhe...ksian juhe smpi nangis...

Miss Hong Kong n Mr Bollywood
(sorry yew n ise eak...gurau je...)

Masing2 x sbar nak msk eak...perut dah bunyi hehe

Zaki n Family

Pemenang
Pasangan Dinner Paling Vogue 2007

malu2 kucing plak seyno tue....

3 sahabat
'Do Re Me'

4 sekawan..
waliz n connie..

nak kemana tu...ikut leh...

emmm dah janji ker pkai itam hehehe